emunakahat

Aplikasi Nikah Cerai Ruju' Pulau Pinang
Capaian Awam Atas Talian

Temuduga Khas

Pengenalan

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan mengadakan temuduga khas kepada bakal pengantin bagi menggantikan Kursus Praperkahwinan Islam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pasca PKP. Permohonan temuduga khas ini dibuat secara online bermula 5 Jun 2020.

Pejabat Agama Daerah Telefon Hotline
Barat Daya 04-8668525 011-13777363
Timur Laut 04-2612979 011-11442317
Seberang Perai Tengah 04-5386451 019-4162611
Seberang Perai Utara (Butterworth) 04-3511521 019-4150612
Seberang Perai Utara (Kepala Batas) 04-5751182 010-5130361
Seberang Perai Selatan 04-5821001 013-9243767
JHEAIPP (Unit Pembangunan Keluarga - Kursus Pra) 04-2637200 -

 

Carta Alir

Syarat-Syarat Temuduga

  1. Anda dikehendaki membuat pembayaran/pengesahan temuduga TIDAK LEWAT 7 hari sebelum tarikh temuduga berlangsung. Kegagalan anda berbuat demikian menyebabkan tempat anda akan dikosongkan
  2. Calon sihat tubuh badan dan tidak mempunyai simptom pendamik Covid-19 seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sebagainya.
  3. Calon berpakaian kemas, bersih dan bersedia mental dan fizikal.
  4. Calon hendaklah sentiasa memakai face mask, menggunakan hand sanitizer, memastikan penjarakkan sosial satu (1) meter dan tidak berkumpul yang boleh membawa kepada pelanggaran peraturan sepanjang tempoh PKPB.
  5. Calon diberikan tarikh temuduga seminggu daripada tarikh permohonan.
  6. Calon bersedia lima (5) minit sebelum sesi temuduga bermula. Temuduga dijalankan secara berkumpulan iaitu 10 orang bagi setiap sesi.
    Masa:
    • Sesi 1: 8.30 - 10.00 pagi
    • Sesi 2: 10.15 - 11.45 pagi
    • Sesi 3: 12.00 -1.30 ptg
  7. Calon perlu menjawab soalan yang diajukan oleh penemuduga. Keputusan akan diumumkan setelah selesai sesi temuduga pada hari yang sama.
  8. Soalan temuduga merangkumi tajuk-tajuk berikut:-
    • • Tasawwur Islam (akidah, ibadah dan akhlak)
    • • Hubungan Dalam Keluarga
    • • Komunikasi Suami Isteri
    • • Pengurusan Tekanan (Stress) dan Konflik Dalam Kehidupan
    • • Perkahwinan dan Prosedur
    • • Pembubaran Perkahwinan
    • • Pengurusan Kesihatan Keluarga
    • • Pengurusan Kewangan
  9. Sijil akan diserahkan kepada calon yang layak pada hari temuduga.

Etika Temuduga Khas

Jadual Temuduga

PENGANJUR BULAN (TAHUN 2022)
BIL PEJABAT AGAMA DAERAH JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS
1 PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH 8hb
9hb
15hb
16hb
22hb
23hb
29hb
30hb












2 PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (KEPALA BATAS) 22hb












3 PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN 22hb
23hb












4 PEJABAT AGAMA DAERAH TIMUR LAUT 15hb
16hb
29hb
30hb












5 PEJABAT AGAMA DAERAH BARAT DAYA 22hb
23hb
29hb
30hb












6 PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (BUTTERWORTH) 8hb
22hb
23hb













PENGANJUR BULAN (TAHUN 2023)
BIL PEJABAT AGAMA DAERAH JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS
1 PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH











2 PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (KEPALA BATAS)











3 PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN











4 PEJABAT AGAMA DAERAH TIMUR LAUT











5 PEJABAT AGAMA DAERAH BARAT DAYA











6 PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (BUTTERWORTH)











Penunjuk : Pendaftaran Dibuka Pendaftaran Ditutup

Panduan Peserta bagi Proses Pelaksanaan Temuduga Khas Online Pada Tarikh Temujanji

Permohonan

Permohonan temuduga khas boleh dilakukan secara online. Sebarang permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Permohonan yang tidak lengkap/benar tidak akan dilayan. Permohonan yang telah berjaya didaftarkan hendaklah dibuat bayaran segera selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh temuduga berlangsung.

MOHON DI SINI