emunakahat

Aplikasi Nikah Cerai Ruju' Pulau Pinang
Capaian Awam Atas Talian

Pengenalan

Pengenalan

Sistem e-Munakahat merupakan sistem pengurusan dan operasi bagi perkhidmatan nikah, cerai dan ruju' di Negeri Pulau Pinang. Ia dibangunkan pada tahun 2009 oleh Syarikat STT Technologies Sdn.Bhd. Sistem ini mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2010 di seluruh daerah di Pulau Pinang. Dengan adanya sistem ini, ia dilihat mampu untuk menyelesaikan masalah yang membabitkan rekod NCR. Ia juga dilihat mampu meningkatkan integriti dan pelaksanaan operasi Jabatan Agama melalui penggunaan sistem maklumat terkini.

Skop

  • Sistem ini meliputi perkhidmatan dan operasi utama Bahagian Undang-Undang Syariah / Pentadbiran Undang-Undang Keluarga
  • Ia melibatkan hampir keseluruhan proses operasi yang melibatkan penerimaan dan penyimpanan rekod, pengeluaran dokumen dan penjanaan statistik berdasarkan keperluan.
  • Boleh melibatkan Ibu Pejabat, Pejabat Agama Daerah, dan pihak lain secara berpusat.
  • Bersifat Intranet dan Internet

Objektif

  • Meningkatkan kecekapan pengurusan Nikah, Cerai dan Ruju'
  • Memantau kegiatan pemalsuan dokumen nikah secara berpusat.
  • Membina bank data kekeluargaan Islam.
  • Meningkatkan kutipan hasil dan penjimatan dalam kos operasi.
  • Tempoh operasi/ perkhidmatan cepat dan tepat.
  • Memudahkan proses carian dan semakan.
  • Mewujudkan rangkaian kerja  dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.
  • Memudahkan proses penyelidikan pembangunan keluarga masyarakat Islam

Aplikasi Awam e-Munakahat merupakan perkhidmatan teras meliputi permohonan mengikuti kursus Praperkahwinan, permohonan berkahwin untuk lelaki dan perempuan, permohonan surat perakuan perceraian, dan semakan status permohonan untuk kursus praperkahwinan, pendaftaran perkahwinan, pendaftaran perceraian, pendaftaran ruju' dan permohonan kad nikah pintar. Semua kemudahan ini disediakan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.