Pengenalan
Kad nikah merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai bagi menggantikan surat perakuan nikah di Pulau Pinang. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan
Prosedur
- Gambar berukuran pasport sebanyak satu keping setiap seorang. *(Perempuan mesti bertudung)
- Surat Perakuan Nikah Negeri Pulau Pinang ( satu salinan ) - (Jika berkaitan)
- Salinan Kad Pengenalan (suami dan isteri)
- Bayaran hendaklah dibuat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Pejabat Agama Daerah
Tuntutan Kad Nikah
- Pemohon boleh datang ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau Pejabat Agama Daerah (Tempat Permohonan) untuk menuntut Kad Nikah setelah permohonan lengkap diterima.
-
Pemohon hendaklah menghubungi Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Pejabat Agama Daerah terlebih dahulu untuk mengetahui status pengeluaran Kad Nikah.
-
Pengeluaran Kad Nikah adalah tertakluk kepada kelancaran Sistem.
Contoh Kad Nikah
Semakan