Aplikasi Nikah Cerai Ruju' Pulau Pinang
Capaian Awam Atas Talian
Dimaklumkan bahawa yuran Kursus Praperkahwinan Islam Negeri Pulau Pinang akan dikemaskini kepada RM120.00 seorang, berkuat kuasa mulai 1 September 2026. Semua kursus yang diadakan dari tarikh tersebut akan menggunakan kadar baharu. Klik pada butang PERMOHONAN di bawah.
Permohonan kursus boleh dibuat menerusi borang online yang disediakan. Pemohon hanya perlu memilih tarikh dan lokasi yang dikehendaki kemudian mengemukakan butiran-butiran peribadi dengan lengkap.
Pemohon (lelaki/perempuan) yang beralamat di Pulau Pinang atau bermastautin tetap di Pulau Pinang melebihi 4 bulan layak untuk memohon Kebenaran Berkahwin menerusi aplikasi ini. Permohonan ini perlu disahkan oleh Penolong Pendaftar NCR kariah tinggal anda sebelum diserahkan ke Pejabat Agama Daerah.
Bagi pemohon yang telah mendapat keputusan perintah pendaftaran cerai dari mahkamah, pemohon boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Surat Perakuan Cerai menerusi aplikasi ini, kemudian sertakan bersama perintah perceraian dan ke Pejabat Agama Daerah.