Pengumuman
Dimaklumkan bahawa Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Negeri Pulau Pinang akan diadakan mulai 1 Julai 2022. Sehubungan dengan itu, pendaftaran kursus akan dibuka mulai 1 Jun 2022
Pejabat Agama Daerah |
Telefon |
Hotline |
Barat Daya |
04-8668525 |
011-3777363 |
Timur Laut |
04-2612979 |
011-11442317 |
Seberang Perai Tengah |
04-5386451 |
019-4162611 |
Seberang Perai Utara (Butterworth) |
04-3511521 |
019-4150612 |
Seberang Perai Utara (Kepala Batas) |
04-5751182 |
011-55347577 |
Seberang Perai Selatan |
04-5821001 |
013-9243767 |
JHEAIPP (Unit Pembangunan Keluarga - Kursus Pra) |
04-2637200 |
- |
Pengenalan
Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga agar dapat mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya.
Kursus Pra Perkahwinan adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin. Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI). Laman ini menyediakan pendaftaran Kursus Pra Perkahwinan secara online berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI).
Disini, pemohon boleh merujuk prosedur dan langkah-langkah permohonan untuk mengisi borang. Pemohon boleh memilih tarikh kursus dan lokasi pilihan yang bersesuaian dan menghantar permohonan secara online. Laman ini juga menyediakan Jadual Kursus dan Peraturan Kursus Pra Perkahwinan untuk makluman awal kepada bakal peserta kursus.
Peraturan
- SIKAP
Niat berkursus hendaklah ikhlas kerana Allah semata mata. Berakhlak mulia sepanjang kursus berjalan, seperti memberi salam, beramah mesra serta tolong menolong antara satu sama lain. Menumpukan sepenuh masa, tenaga, perhatian dan kebolehan kepada kursus.
- KEHADIRAN
Peserta diwajibkan menghadiri kuliah yang diadakan sepertimana yang dijadualkan kecuali di atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat keizinan dari Penyelaras Kursus. Peserta dikendaki berada di dalam dewan kuliah selewat-lewatnya lima minit sebelum kuliah bermula. Setiap peserta dikehendaki memberi kerjasama/ mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang dijalankan.
- PAKAIAN / PERALATAN
Hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas, menutup aurat, bertudung dan tidak berpakaian yang menjolok mata bagi peserta wanita. Tidak dibenarkan memakai baju T-shirt tanpa kolar dan seluar jeans semasa berkursus bagi peserta lelaki. Penjagaan barang berharga adalah tanggungjawab peserta sendiri.
- DEWAN MAKAN
Peserta dikendaki makan/ minum secara berjemaah. Pastikan semua peserta telah duduk dan doa dibacakan sebelum makan/ minum. Makan/ minum hendaklah dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh peserta. Peserta hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tempat makan / minum.
- MEROKOK
Merokok tidak dibenarkan di tempat-tempat seperti Dewan Kuliah, Tempat Solat, Bilik Rehat dan Dewan Makan.
- API/AIR/KIPAS/HAWA DINGIN
Menyalahgunakan punca elektrik seperti menyambung pendawaian tanpa mengikut peraturan adalah dilarang sama sekali. Suis lampu/kipas/hawa dingin hendaklah dimatikan sebelum meninggalkan bilik kuliah/tempat solat/ dewan makan. Semua paip air hendaklah ditutup selepas digunakan.
- PERATURAN AM
Penggunaan telefon hendaklah diluar waktu dengan kebenaran Penyelaras Kursus. Tidak dibenarkan keluar dari " kawasan kursus" kecuali di atas sebab sebab yang dibenarkan oleh Penyelaras Kursus. Meletakkan Kenderaan ditempat yang dibenarkan sahaja. Sekiranya ada peserta yang sakit dan memerlukan rawatan, peserta perlu menghubungi urusetia kursus untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.
- BAYARAN
Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100.00 dan hendaklah dibayar secara TUNAI 14 hari sebelum tarikh kursus di PEJABAT AGAMA DAERAH tempat permohonan dibuat. Sekiranya pemohon gagal untuk hadir (tanpa makluman) pada tarikh yang ditetapkan, bayaran tidak akan dikembalikan.
Prosedur
- Isi borang permohonan kursus di Pejabat Agama Daerah yang HENDAK DIHADIRI atau mengisi permohonan kursus secara online.
- Kursus ini hendaklah diambil oleh pemohon yang akan mendirikan rumahtangga sebelum mereka membuat permohonan untuk berkahwin.
- Hadir pendaftaran kursus di lokasi yang akan dimaklumkan pada hari tarikh yang dipilih.
- Pemohon yang mengambil kursus Pra Perkahwinan Islam di Negeri Pulau Pinang akan DIKECUALIKAN daripada temuduga perkahwinan berkuatkuasa bulan MAC 2016.
Jadual Kursus
Jadual Kursus Tahun 2024
PENGANJUR |
BULAN (TAHUN 2024) |
BIL |
PEJABAT AGAMA DAERAH |
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
1 |
PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2 |
PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (KEPALA BATAS) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3 |
PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4 |
PEJABAT AGAMA DAERAH TIMUR LAUT |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
5 |
PEJABAT AGAMA DAERAH BARAT DAYA |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
6 |
PEJABAT AGAMA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (BUTTERWORTH) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
7 |
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penunjuk : Pendaftaran Dibuka Pendaftaran Ditutup
Permohonan
Permohonan kursus pra perkahwinan boleh dilakukan secara online. Sebarang permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Permohonan yang tidak lengkap/benar tidak akan dilayan. Permohonan online boleh dilakukan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh kursus dijalankan.
PERMOHONAN DIBUKA
Hubungi Kami
Pejabat-Pejabat Agama Daerah Pulau Pinang
Pejabat Agama Daerah Timur Laut
Aras 34 KOMTAR,
10000 Pulau Pinang
Tel: 04-2612979 Faks : 04-2613250
Pejabat Agama Daerah Barat Daya
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Tel: 04-8668525 Faks : 04-866 8989 H/P Kursus Pra Perkahwinan : 011-13777363
Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara (Butterworth)
D/A Kompleks Darul Hidayah
Permatang Tok Gelam
13100 Penaga, Butterworth
Seberang Perai Utara
Tel: 04-351 1521, 04-351 1672 Faks : 04-351 1485 H/P Kursus Pra Perkahwinan : 019-415 0612
Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah
Jalan Arumuggam Pillai, 14000 Bukit Mertajam
Seberang Perai Tengah
Tel: 04-5386451 Faks : 04-538 6548 H/P Kursus Pra Perkahwinan : 019-429 3557
Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara (Kepala Batas)
Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir
13200 Kepala Batas
Seberang Perai Utara
Tel: 04-578 3940 Faks : 04-575 1084 HP (Kursus Pra Perkahwinan): 011-5534 7577
Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan
14200 Sungai Jawi
Seberang Perai Selatan
Tel: 04-5821001 Faks : 04-582 5564 HP (Kursus Pra Perkahwinan) : 013-924 3767