Aplikasi Nikah Cerai Ruju' Pulau Pinang
Capaian Awam Atas Talian
Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Negeri Pulau Pinang
DITANGGUHKAN SEMENTARA setelah mengambilkira peningkatan
kes Covid-19. Sehubungan dengan itu, Temuduga Khas secara dalam
talian bagi menggantikan Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Negeri
Pulau Pinang akan dilaksanakan semula berkuatkuasa mulai 26
Februari 2022. Pendaftaran Temuduga Khas secara dalam talian boleh
dibuat menerusi laman sesawang http://emunakahat.penang.gov.my .
Pemohon (lelaki/perempuan) yang beralamat di Pulau Pinang atau bermastautin tetap di Pulau Pinang melebihi 4 bulan layak untuk memohon Kebenaran Berkahwin menerusi aplikasi ini. Permohonan ini perlu disahkan oleh Penolong Pendaftar NCR kariah tinggal anda sebelum diserahkan ke Pejabat Agama Daerah.
Bagi pemohon yang telah mendapat keputusan perintah pendaftaran cerai dari mahkamah, pemohon boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Surat Perakuan Cerai menerusi aplikasi ini, kemudian sertakan bersama perintah perceraian dan ke Pejabat Agama Daerah.
Semalam | Hari Ini | Esok |
7 | 6 | 52 |
Nota : Statistik ini dikira berdasarkan kepada cadangan tarikh akad nikah melalui permohonan berkahwin yang dipohon di seluruh Negeri Pulau Pinang |
Sekiranya permohonan berkahwin perempuan dibuat hari ini,
Tarikh Akad Nikah Paling Awal : 26/05/2022
Paling Lewat : 17/08/2022