PERMOHONAN BERKAHWIN

1 : PROSEDUR ---> 2 : ISI PERMOHONAN ---> 3 : CETAK

PROSEDUR PERMOHONAN

PERATURAN AM

  1. Pemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan perlu mendapatkan Surat Rujukan dari Pejabat Agama Daerah untuk mendapatkan proses kebenaran daripada Mahkamah Syariah.
  2. Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 14 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.
  3. Pemohon (lelaki/perempuan) yang beralamat di Pulau Pinang atau bermastautin tetap di Pulau Pinang melebihi 4 bulan layak untuk memohon Kebenaran Berkahwin menerusi aplikasi ini
  4. Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti senarai semak permohonan kebenaran berkahwin (mengikut situasi pemohon).

  5. ALAMAT PEJABAT AGAMA

    1. Pejabat Agama Daerah Timur Laut,
    Aras 34 KOMTAR,
    10000 Pulau Pinang
    Tel: 04-2612979 Faks : 04-2613250

    2. Pejabat Agama Daerah Barat Daya,
    11020 Balik Pulau,
    Pulau Pinang.
    Tel : 04-8668525

    3. Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara (Butterworth),
    D/A Kompleks Darul Hidayah
    Permatang Tok Gelam
    13100 Penaga, Butterworth
    Seberang Perai Utara
    Tel : 04-351 1521, 04-351 1672

    4. Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah,
    Jalan Arumuggam Pillai,
    14000 Bukit Mertajam,
    Seberang Perai Tengah.
    Tel : 04-5386451

    5. Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara,
    13200 Kepala Batas,
    Seberang Perai Utara.
    Tel : 04-5751182

    6. Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan,
    14200 Sungai Jawi,
    Seberang Perai Selatan.
    Tel : 04-5821001